ENDAH PARADE, Sri Petaling: Satu mesyuarat penaja telah diadakan pada 17hb Julai 2011 bagi melantik ahli2 jawatankuasa tetap X-SMVAS 88/89 bagi sesi 2011/12. Ia bertujuan bagi memudah dan melancarkan lagi perjalanan group kita ini disamping dapat merancang event2 seterusnya secara lebih efisen dan terurus.
Dalam mesyuarat ini, ahli sebulat suara bersetuju perlantikan AJK adalah SAH dan SAHIH walaupun tanpa kehadiran ahli itu sendiri. Senarai perlantikan AJK X-SMVAS 88/89 bagi sesi 2011/12 dan minit mesyuarat boleh dilihat di (click sini)
Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya dimana idea bernas telah diusulkan oleh AJK dilantik. Antaranya ialah berkenaan yuran keahlian, baju rasmi, majlis2 keraian dan sebagainya. Walaubagaimanapun, cadangan dari ahli2 lain juga amat diperlukan, dan AJK sesi 2011/12 amat berharap semoga ahli2 X-SMVASrian dapat memberikan kerjasama dan sokongan terhadap apa jua aktiviti yang akan dijalankan. Sebarang cadangan boleh la di email kan ke email group: smvas889@gmail.com. -Berita SMVAS
segak segak AJK kita ek...
ReplyDelete