Friday, 26 August 2011

MAJLIS Re-UNION X-SMVAS 88/89 Pada 11hb Jun 2011



NILAI, Negeri Sembilan: Majlis ReUnion X-SMVAS 88/89 bagi tahun 2011 telah diadakan bertempat di Hotel Allson Klana Nilai pada 11hb Jun 2011 dengan dihadiri oleh 45 orang bekas pelajar SMVAS bagi sesi 88/89 bermula dari jam 2 petang dengan ditemani oleh para keluarga (bagi yang membawa keluarga).

Majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali di mana semua bekas pelajar mengambil kesempatan untuk bertanya khabar berita dan melihat perubahan fizikal diri masing2. Sesekali keadaan kelihatan seperti sukar dikawal oleh keriuhan dan kekecohan oleh bekas2 pelajar ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Syafie Kusmin, dan diikuti Ucapan oleh Yusof Hassan sebagai pengerusi majlis dan ucapan perasmian oleh Zamani Zack sebagai bekas Captain SMVAS.

Pelbagai acara telah dijalankan dalam majlis tersebut, antaranya nyanyian karaoke, cabutan bertuah, pertandingan mewarna, pertukaran hadiah antara bekas pelajar dan acara yang paling disukai ramai iaitu Acara MAKAN. Pelbagai jenis makanan  yang enak telah disediakan oleh AJK majlis. Majlis diakhiri dengan acara bergambar secara berkumpulan(galeri gambar). Setinggi2 penghargaan kepada Ahli Jawatan Kuasa Majlis ReUnion 2011 yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis yang bertaraf 5 bintang ini. 

Walaubagaimanapun, majlis tidak berakhir begitu saja di mana bekas pelajar yang tidak membawa keluarga telah menyambung majlis tersebut kepada majlis mengeteh di kedai minum di depan hotel tersebut . Majlis dengan rasminya bersurai sepenuhnya pada pukul 7.30 malam setelah ramai dari mereka telah mendapat panggilan dari pejabat KDN masing2.-Berita SMVAS

2 comments:

  1. Good Job Boyo...satu kerja yang Bagus..Bangga aku bro siap ada Blog lagi..perghhhh..

    ReplyDelete
  2. tulah... tabik spring kat boyo.. anyway, nama aku Suriati Shari ... he he he.. minta betul kan ek...

    ReplyDelete