AJK&Dokumentasi

MINIT MESYUARAT X-SMVAS 88/89
BIL 2/2012
Date:      03 Mac 2012
Time:     3 ~ 4.20 pm
Venue:  Restoran Tempoyak Ikan Patin, Bdr Baru Bangi

KEHADIRAN
1)       En Yusof Hassan
2)       En. Shamsul Anwar
3)       Pn. Suriati Shari
4)       Pn. Norzalilah Mohamed Razali
5)       En. Zainal Arifin
6)       Pn. Masliza
7)       Cik Zanita Zamri
8)       En Norafika
9)       Raja Abdul Rahman

 TIDAK HADIR DENGAN MAAF:
          Semua ahli X-SMVAS 88/89

 Mesyuarat dipengerusikan oleh En Yusof Hassan

 1)  KATA-KATA ALUAN
      1.0  Majlis dimulai dgn ucapan terima kasih oleh Pengerusi Majlis, dan menerangkan tujuan mesyuarat dipanggil. 
      1.1  Pembentangan Minit Mesyuarat yang lalu
      1.2  Khairat kematian arwah ayah kepada Cik Zanariah Ismail – RM200 
(Pihak AJK memohon maaf kerana secara tidak sengaja terlepas pandang pemberian  sumbangan ini.  Insyaallah, perkara seperti ini tidak akan berlalu lagi di masa hadapan… )

2)  AJK ATURCARA UNTUK REUNION 2012
                Pengerusi               -               En Yusoff Hassan
                N. Pengerusi          -               En. Shamsul Anwar
                AJK Program        -               Pn. Suriati
                Emcee                    -               En. Norafika dan Cik Zanariah Ismail
                AJK Hadiah           -               En Zainal Arifin dan Cik Zanita Zamri (Acik)
                AJK Pendaftaran  -               Pn. Siti Aishah Hamid
                                                -               Pn. Masliza
                                                -               Pn. Nurain
                                                -               Pn. Norhudda
                AJK Hebahan        -               En. Zahidi
                AJK Permainan     -               En. Zamani dan Maskam
                AJK Makanan       -               Pn. Norzalilah & En. Shamsul Anwar
                Penyambut Tetamu -         En Yusoff, En Raja dan En Tom

 3.         LOKASI
             3.1  En Yusoff mengedarkan sebutharga Allson Klana dan mengedarkan kepada ahli
             3.2  Cadangan dari ahli untuk mencari lokasi lain selain dari Allson Klana.
             i.  Cadangan dari ahli seperti Sri Malaysia Hotel dan Restoran di Seremban (depan Jusco)
            ii  Ahli diberi masa seminggu utk mencadangkan lokasi lain seperti di atas.

4.          BAYARAN
             4.1  Cadangan bayaran Hi-Tea (minum petang) yang akan dikenakan kepada ahli
             - RM 60 seorang
             - RM 80 sekeluarga

5.             JEMPUTAN
                5.1  Cadangan untuk menjemput guru-guru SMVAS tahun 88/89

6.             ATURCARA
                6.1  Pendaftaran
                6.2  Door Gift
                 -  Tiada nilai tertentu – Ikhlas
                 -  Tuala Muka yg disulam – Norafika
                6.3  Tag Nama hanya untuk Urusetia Majlis – Pn. Norzalilah dan En. Zahidi
                6.4  Back Drop – En. Zahidi
                6.5 Lucky Draw – utk mendapatkan 20 hamper dan mengesahkan quantiti menjelang
                 3 April.

Mesyuarat bersurai pada 4.20 pm dan tarikh untuk mesyuarat seterusnya adalah pada 24  Mac 2012 bertempat di Allson Klana, NIlai jam 12.00 tengahari.

Ahli yang lain adalah sangat-sangat digalakkan untuk menghadirkan diri. 

~tamat~

MINIT MESYUARAT X-SMVAS 88/89
Bil 1/2012
Tarikh: 11 February 2012
Masa: 1 pm ~ 3 pm
Tempat: Hailam Kopitiam, Kajang

KEHADIRAN
1) En Yusof Hassan
2) En. Shamsul Anwar
3) Pn. Suriati Shari
4) Pn. Norzalilah Mohamed Razali
5) En. Aydil Rozi
6) En. Zainal Arifin
7) En. Zamani Abd Kadir
8) Cik Zanariah Ismail
9) Pn. Norini
10) Pn. Masliza
11) Cik Zanita Zamri
12) En. Noor Azli (Jilit)
13) Amirul Nizam

TIDAK HADIR DENGAN MAAF:
Semua ahli X-SMVAS 88/89

Mesyuarat dipengerusikan oleh En Yusof Hassan, mewakili En. Zamani yang lewat hadir atas sebab bekerja.
1) KATA-KATA ALUAN
Majlis dimulai dgn ucapan terima kasih oleh Pengerusi Majlis, dan menerangkan tujuan mesyuarat diadakan.
2) YURAN
2.1 Laporan Kewangan 2011 diedarkan dan dibentangkan oleh Pn. Dila (Norzalilah).
2.2 Cadangan untuk mengekalkan jumlah yuran keahlian bagi tahun 2012 sebanyak RM100/orang adalah disokong.
2.3 Jangka waktu utk membayar yuran 2012 adalah dari bulan Januari ~ Jun. Pembayaran yuran boleh dibuat melalui akaun Maybank 114496056000 (Norzalilah Mohamed Razali); Bendahari X-SMVAS 88/89.

3) SUMBANGAN DARIPADA DUIT TABUNG (YURAN)

3.1 Menetapkan jumlah sumbangan kematian dan kelahiran sebanyak RM200/family untuk ahli berbayar (yang telah membayar yuran). (Layak hanya untuk keluarga terdekat seperti suami/isteri pertama/ anak dan ibu bapa ahli sahaja).

3.2 Ahli tidak berbayar akan diberikan sumbangan sebanyak RM100 sahaja. (Layak hanya untuk keluarga terdekat seperti suami/isteri pertama/ anak dan ibu bapa ahli sahaja.)

3.3 Sumbangan musibah/bencana alam sebanyak RM100. Pecahan musibah/bencana alam adalah seperti berikut:

3.3.1 Kebakaran
3.3.2 Banjir
3.3.3 Sakit Kronik
3.3.4 Kemasukan wad (ahli sahaja)

3.4 Sumbangan dari luar (sponsor) untuk menambahkan jumlah duit yuran juga adalah amat dialu2kan.

4) CADANGAN AKTIVITI 2012

Beberapa aktiviti telah dicadangkan. Antaranya:

4.1 Majlis Re-Union 2012
Tarikh cadangan: 28 April 2012
Tempat cadangan: sekitar Seremban

Cadangan Aturcara:
Majlis sambutan majlis harijadi utk Januari ~ December 2012 Exchange gift dgn nilai minima RM30 Karaoke terbuka/berpasangan Lucky draw (sponsor sgt dialukan) Game ie. Kotak beracun Pakaian terbaik lelaki dan wanita Tema pakaian : Merah dan Hitam sahaja

Tindakan untuk mendapatkan sponsor::
En. Zainal Arifin En. Samsul Anwar En. Zamani Abdul Kadir Pn. Masliza En. Amirul – PA Sistem


4.2 Berkelah + BBQ + Camping – bermalam di Bt 4 Port Dickson
4.3 Menyewa bilik utk setiap ahli (penginapan dihotel) + BBQ di Port Dickson
4.4 Berkelah di air terjun – Resort di Janda Baik, Pahang atau Kalumpang, Selangor

Memandangkan usul 4.2, 4.3 dan 4.4 adalah aktiviti perkelahan, maka undian telah dibuat untuk memilih 1 daripada 3 yang dicadangkan diatas dan telah memutuskan berkelah di Resort di Janda Baik atau Kalumpang.

En. Shamsul, En. Zainal dan En. Amirul telah dilantik untuk mendapatkan informasi tentang resort tersebut dan akan memberi maklum balas kepada ahli secepat mungkin.

Tarikh perkelahan yang dicadangkan adalah 26 dan 27 May 2012.

Bayaran untuk perkelahan akan diputuskan kelak.

5) MERAMAIKAN AHLI

5.1 Pengerusi meminta supaya ahli sediada dapat menjejaki ahli baru dan pada masa yang sama mengajak ahli sediada untuk menjadi ahli berbayar.
Tindakan: Semua ahli

5.2 Cadangan untuk mendaftarkan pertubuhan persatuan dan memerlukan minima 60 org.
Tindakan: En Yusof

6) BAJU/KEMEJA AHLI

6.1 Cadangan untuk membuat baju Group SMVAS 88/89. Kos sehelai baju adalah RM60~70 sehelai.
6.2 Kos untuk mould embroidery adalah dari duit yuran/tabung.

Mesyuarat bersurai pada 3.00 pm dan tarikh untuk mesyuarat seterusnya adalah pada 3 Mac 2012 bertempat di :
Restoran Periuk Tanah (Kedai Mas) di Fasa 3, Bandar Baru Bangi.

Ahli yang lain adalah sangat-sangat digalakkan untuk menghadirkan diri.


~Tamat~


MESYUARAT #1 AJK PENAJA
X- SMVAS 88/89
Bil 1/2011
17 JULY 2011 - 4.00~5.30 pm
ENDAH PARADE, Sri Petaling


KEHADIRAN

  • En Zamani Abd Kadir
  • En. Shamsul Anwar
  • En Mohammad Azamuddin
  • En. Raja Abdul Rahman
  • Pn. Suriati Sahri
  • Pn. Norzalilah Mohamed Razali
  • En. Aydil Rozi
  • En. Zainal Arifin
  • En. Zahidi Aziz
TIDAK HADIR DENGAN MAAF:
  • Semua ahli X-SMVAS 88/89

Mesyuarat dipengerusikan oleh En Zamani Abd Kadir
1)      KATA-KATA ALUAN

Majlis dimulai dgn ucapan terima kasih oleh Pengerusi Majlis, dan menerangkan tujuan pembentukan semula AJK X-SMVAS 88/89 2011/12.

2)      PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA X-SMVAS 88/89 SESSI 2011/12

X-SMVAS 88/89 bersetuju bahawa perlantikan AJK baru boleh dilakukan dan adalah SAH tanpa perlu kehadiran ahli itu sendiri. 

AJK yang dilantik secara sebulat suara adalah seperti berikut:

Pengerusi                    :  En. Zamani Abd Kadir
Timb Pengerusi           :  En. Yusuf Hassan
Setiausaha                  :  Pn. Suriati Shari
Bendahari                    :  Pn. Norzalilah Mohamed Razali

AJK:

Biro Kebajikan

1)  En. Zainal Arifin
2)  Pn. Aishah Hamdan

Biro Sukan/Rekreasi

1)  En. Raja Abdul Rahman
2)  Pn. Masliza Zainuddin

Biro Media/Hebahan

1)  En. Zahidi Aziz (Boyo)
2)  Pn. Harzlina Mohd Shahar

Biro Pengurusan Acara

1)  En. Mohammad Azamudin
2)  En. Maskam Mian
3)  En. Shamsul Anwar
4)  Cik Zanariah Ismail
5)  Pn. Norhuda Abdullah

Biro Sosial

1)  En Noor Azali (jilit)
2)  En. Saiful Azhar (Cipoi)
3)  En. Aydil Rozi
4)  Pn. Azah Rodiah
5)  En. Nor Hisham Sabtu (Kendong)
6)  En. Zaharuddin (Tom)

3.       BAJU  MEGA REUNION

3.1    X-SMVAS bersetuju memilih item no 105 (seperti di katalog) sebagai baju utama utk majlis MegaReunion 2012.
3.2    Ahli bersetuju dgn warna merah/putih/hitam
3.3    Ahli bersetuju bahawa kedudukan lencana di sebelah kiri baju, nama di sebelah kanan baju dan dibahagian belakang tulisan 'X-SMVAS 88/89'.
3.4   Size akan dihebahkan kepada ahli dan diminta ahli utk memberi kerjasama memberi saiz mengikut dateline.

Tindakan oleh : Biro Pengurusan Acara

4.         YURAN KEAHLIAN

            X-SMVAS 88/89 bercadang untuk mengadakan yuran tahunan bagi kumpulan kita ini. Adalah dicadangkan yuran tahunan X-SMVAS 88/89 adalah sebanyak:
           
            RM100 (Ringgit Malaysia: SERATUS SAHAJA)
           
            Dengan cara bayaran seperti berikut:
i.         Sekali bayar
ii.       3 kali bayaran (Dalam tempoh 6 bulan)

Walaubagaimanapun, X-SMVAS 88/89 memohon kepada ahli supaya memberikan cadangan berkenaan jumlah yuran tersebut. Adapun tujuan yuran ini diadakan adalah sebagai DANA tambahan kumpulan kita bagi membantu menjalankan satu satu acara yang dirancang. Ia juga boleh/akan digunakan untuk memberi sumbangan kepada ahli X-SMVAS 88/89 bagi tujuan kebajikan.
          
Tindakan oleh : Bendahari
5.         PUBLISITI DAN HEBAHAN

Memandangkan X-SMVAS 88/89 semakin berkembang, hebahan berita dan publisiti adalah perlu untuk menarik perhatian ahli agar sentiasa ambil tahu berkenaan aktiviti dan berita X-SMVAS 88/89. Ia juga boleh dijadikan untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli dan keluarga X-SMVAS 88/89 yang telah sekian lama terputus. Oleh yang demikian, X-SMVAS 88/89 bercadang untuk membuat hebahan kepada ahli melalui beberapa cara.

Hebahan akan dibuat melalui:
              
i.         facebook
ii.       email
iii.      sistem pesanan ringkas (SMS)
iv.      dan juga POS

Senarai dan butiran ahli yang telah dikumpulkan akan dikemaskini secara terperinci bagi memudahkan langkah ini di laksanakan. Jika terdapat sebarang perubahan berkenaan alamat etc, sila maklumkan kepada X-SMVAS 88/89 

Tindakan oleh : Biro Media/Hebahan

6.        MAJLIS BERBUKA PUASA

X-SMVAS 88/89 bercadang untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada Ramadhan yang akan datang. Cadangan dari ahli adalah diperlukan bagi melaksanakan program ini. Cadangan asas lokasi majlis adalah seperti berikut:
i.         Hotel
ii.       Restoran
iii.      Rumah Ahli + catering

Tindakan oleh : Biro Pengurusan Acara

7.        PERLAWANAN BOLING

X-SMVAS 88/89 juga bercadang untuk mengadakan satu Pertandingan Boling untuk kalender sukan kita tahun ini. Adalah dicadangkan untuk diadakan program ini selepas Aidilfitri nanti. Langkah seterusnya adalah seperti berikut:

i.         Lokasi
ii.       Jumlah penyertaan
iii.      Hadiah
iv.      Makanan dan minuman
Tindakan oleh : Biro Sukan & Rekreasi

         Mesyuarat X-SMVAS 88/89 diakhiri dgn ucapan terima kasih oleh Pengerusi Majlis dan ditangguhkan pada pukul 5.30pm