Saturday, 27 August 2011

BUDAYA NGETEH DI KALANGAN X-SMVASrian


SINI SITU SANA SINUN: Budaya pekena teh atau lebih dikenali dengan nama "NGETEH" di kalangan warga X-SMVAS telah berkembang dengan pesat dan jaya nya akhir akhir ini. Kegiatan ini pasti akan berlaku sekurang kurangnya dua kali dalam sebulan. Pengeteh pengeteh tegar ini akan merasa gundah gulana seandainya tidak menjalankan aktiviti ini untuk jangkamasa yang terdekat.

Sebagai bukti, gambar yang anda saksikan di atas adalah gambar yang dikumpulkan dalam masa 3 bulan sahaja. Kekerapan mengeteh ini terjadi walaupun di bulan puasa jelas menunjukkan yang aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan di dalam masa yang sama sentiasa mencari ahli ahli baru bagi memeriahkan lagi aktiviti ini. 

Jadi, kepada sesiapa yang punya masa dan berminat untuk menyertai aktiviti ini, kami sentiasa memberi galakkan dan sokongan. Cuma sebagai langkah berjaga jaga, sila lah mohon lesen dari pihak berkuasa masing2 bagi mengelakkan dari perkara tidak di ingini berlaku. Tips bagi bakal pengeteh baru: biarkan talipon bimbit anda berada dalam keadaan 'silent mode'. -Berita SMVAS  

1 comment: