Saturday, 27 August 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA X-SMVASrian 2011


SHAH ALAM, Selangor: Satu Majlis Berbuka Puasa  bagi warga X-SMVAS telah diadakan di sini pada 20hb Ogos 2011 yang lalu. Seramai hampir 20 orang bekas pelajar telah menghadirkan diri, kebanyakannya membawa bersama keluarga mereka. Majlis telah diadakan di Restoran DEENG yang mana restoran ini juga dipunyai oleh salah seorang daripada warga X-SMVAS iaitu Suhaimie atau lebih dikenali dengan nama Mie Cagon.

Pelbagai juadah berbuka telah disediakan di majlis tersebut. Antaranya IkanSiakap 3 Rasa, UdangGorangTepung, TelurBistik, TomYam, KailanIkanMasin dan juga Ulam2an. Dila dan Suriati juga mengambil bahagian dalam menyediakan juadah berbuka dengan masing2 membawa kuih kole kacang dan talam berlauk. Terima kasih kepada yang berkenaan atas makanan yang enak2. 

Majlis diserikan lagi dengan acara memotong kek harijadi bagi warga X-SMVAS yang menyambut harijadi pada bulan OGOS iaitu Muhammad Azamudin (Azam), Zainal Ariffin (Enal), Azidin Nordin (Ah Seng) dan juga tuan kedai Suhaimie (Mie Cagon). Kek Harijadi tersebut adalah sumbangan dari Norzalilah (Dila). Majlis bersurai sepenuhnya pada pukul 9.30 malam.

Secara keseluruhannya, majlis ini telah berlangsung dengan meriah dan jayanya dengan kehadiran semua. Semoga di masa2 akan datang kita akan dapat menjalankan majlis seperti ini lagi dengan kehadiran yang lebih menggalakkan lagi dari warga X-SMVAS yang lain. -Berita SMVAS

No comments:

Post a Comment